Selasa, 17 Januari 2012

Mengapa aku

Dalam pencarian ke padang tandus yang gersang
hanya kerikil-kerikil tua mentertawakan perjalananku
duri kaktus di gurun mencanggah usia
pencarianku belum sampai ke penghujungnya

Sabtu, 7 Januari 2012

TEMA POPULAR KARANGAN 2012

1. Semangat Kejiranan- Langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

2. Gaya hidup sihat- Peranan ibu bapa dalam menyemai amalan gaya hidup sihat terhadap anak-anak.

3. Displin- Peranan ibu bapa dalam memupuk disiplin anak-anak.

4. Hubungan kasih sayang- Peranan keluarga dalam memupuk rasa sayang dalam keluarga.

5. Riadah dan rekreasi- Kebaikan aktiviti riadah dan rekreasi terhadap kita.

6.Kes kehilangan kanak-kanak- Punca dan langkah mengatasi gejala kehilangan kanak-kanak., Atau peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung gejala ini.

7. Bangunan bersejarah- Kepentingan menjaga dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita.

8. Gejala sosial@Lumba haram. Langkah mengatasi lumba haram dalam kalangan remaja.

9. Polisi sekolah selamat- Usaha-usaha pihak sekolah dalam melahirkan sekolah selamat.

10. Jenayah antarabangsa- Kerjasama negara serantau dan dunia dalam memerangi jenayah antarabangsa.

11. Tabungan- Faedah menabung terhadap diri kita.

12. Pelancongan- Inap desa- langkah-langkah memajukan industri pelancongan inap desa di negara kita.

13. Pengangkutan awam - Langkah memperkasa pengangkutan awam ATAU Kepentingan pengangkutan awam ATAU Kepentingan berkongsi kenderaan.

14. Membaca- Cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

15. Alat komunikasi- Kesan terhadap remaja.

16. Perpaduan kaum - Peranan keluarga dalam meningkatkan perpaduan kaum ATAU Usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

17. Industri kraftangan- langkah-langkah memperkasa industri kraftangan di negara kita.

18. Rancangan Program Realiti - Punca remaja gemarkan program realiti ATAU Kesan program realiti TV kepada masyarakat terutama remaja.

Daripada blog Cikgu Rahmanlo
Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah, laman web ini disediakan khas untuk warga pelajar khususnya pelajar-pelajar saya di SMK Penghulu Saat dan warga pendidik amnya. Tujuan laman web ini dihasilkan ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mencari bahan yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu dan mengalami suasana pembelajaran secara maya. Buat warga pendidik pula khasnya guru Bahasa Melayu, laman ini menjadi sebahagian sumber alternatif dan meneroka pelbagai laman web ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Harapan saya agar laman web ini mampu memberi manfaat yang terbaik kepada anda semua. Sebarang cadangan dan idea dari anda sangat dialu-alukan. Semoga usaha kecil ini berupaya meningkatkan minat pelajar mempelajari subjek Bahasa Melayu, menambah baik prestasi Bahasa Melayu di sekolah serta mendapat keredaan daripada Allah S.W.T. Insya Allah...

Sekian , wassalam.

Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Salam,
anak-anak didik yang cikgu sayangi.
Tahun 2012 telah menjenguk kini. Azam baru bertaut kembali. Apakah anda sudah bersedia menyahut cabaran tahun ini? Teruskan perjuangan anda kerana masih banyak lagi dugaan yang akan anda harungi apabila anda terus melangkah ke hadapan. syabas anda masih diberi peluang untuk berbuat demikian. Insya-Allah, cikgu akan terus mendoakan kejayaan anda semua.


Cikgu Ramlan Pit