Selasa, 16 Mac 2010

Novel Putera Gunung Tahan

TEMA

Tema novel putera gunung tahan ialah semangat patriotik atau semangat cinta akan tanah air. Hal ini terbukti apabila penduduk tanah melayu sanggup melawan pihak Inggeris yang ingin menjajah tanah melayu melalui pejuang- pejuang tanah air spt Mat kilau, Tok gajah, Datuk Bahaman dan sebagainya. Begitu juga ratu bongsu, baginda tidak sanggup menerima tawaran T. William RM5000 dan sebuah istana yg cntik demi mempertahankan puncak gunung tahan diambil oleh Inggeris. Tuan William terpaksa mengarahkan kerajaan inggeris menyerang puncak gunung dan akhirnya T.William terperangkap dan mati dalam istana dan kapal terbang yg datang menyerang puncak gunung tahan akhirnya terhempas dan semua anak kapalnya mati kecuali Mem William. Akhirnya dengan kebijaksanaan ratu bongsu, pihak Inggeris gagal menawan puncak gunung tahan.

PERSOALAN

1. Persoalan cinta akan tanah air

Contoh; ratu bongsu tidak sanggup menerima tawaran RM5000 sebulan dan sebuah istana yg indah oleh tuan William demi menyerahkan puncak gunung tahan kpd pihak Inggeris.

2. persoalan tali barut

contoh; terdapat sebilanga kecil orang melayu yg berpihak kpd inggeris dan menyebabkan orang melayu kalah dalam peperangan di pahang dan terpaksa melarikan diri ke hutan.

3. persoalan keangkuhan atau kesambongan

contoh; t. Robert mengatakan bahawa agama kristian lebih baik drpd agama islam dan menganggap ilmu dunia(cenuai) adalah karut dan tidak mempercayainya.

4. persoalan tamak

contoh: T.William dan t. Robert sanggup merentas hutan untuk ke puncak gunung tahan kerana ingin mendapat tawaran drpd pihak inggeris sebanyak 5000 paun.

5. persoalan penipuan

contoh: Tuan. Robert cuba menipu perempuan tuan dengan menggayakan perempuan tua untuk membeli kulit harimau putih kerana kulit harimau putih itu terlalu mahal harganya.

6.persoalan kebijaksanaan.

Contoh: ratu bongsu telah menyuruh T. William masuk ke istananya ketika inggeris menyerang puncak gunung tahan dan menyebabkan T. William mati dalam istana tersebut akibat tersedut asap beracun.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme.

Contoh :ratu bongsu tidak sanggup menerima tawaran T. William RM5000 sebulan dan sebuah istana demi menjaga atau tidak mahu menyerahkan puncak gunung tahan kpd inggeris.

2. kita hendaklah menghormati ketua dalam melaksanakan segala perintah yg diberi.

Contoh :orang2 sakai begitu menghormati tuk batin dan mghrmati perempuan tua krn dianggap sebagai ketua mrk.

3. kita hendaklah menghormati tetamu

contoh : orang2 sakai menghormati tetamu yg datang ke perkampungannya dengan melantik T. Robert sbg batin putih.

4. kita hendaklah bersimpati dan menolong orang yg susah.

Contoh : Orang2 sakai menolong dan membantu T. William yg kesusahan dan memberikan layanan yg baik krn kawannya T. Tobert mati kerana terjatuh pokok.

5. kita janganlah memperlekehkan agama dan adat orang atau bangsa.

Contoh : T. William cuba memperlekehkan agama islam dan tidak mempercayai ilmu dunia (cenuai) dan menganggap agama kristian yg dianutinya lebih baik menyebabkan perempuan tua memarahinya.

NILAI MURNI

1. Kasih sayang.

Contoh :T. Robert yg ditangkap oleh orang sakai sentiasa teringat akan kawannya dan begitu juga T. William selalu mengintai t. Robert dan sanggup mencari t. Robert yg hilang.

2.kegigihan

Contoh : t. Robert dan t. William merupakan orang inggeris yg gigih dan sanggup meredah hutan untuk ke puncak gunung tahan untuk mencari tempat peranginan yg diarahkan oleh kerajaan British.

3. keberanian.

Contoh : terdapat sebilangan orang melayu yg berani menentang pihak inggeris di pahang untuk mempertahankan negeri drpd dijajah walaupun dari kelengkapan perang tidak setanding tetapi akhirnya tewas.

4.bekerjasama.

contohnya : orang2 nelayu bekerjasama menentang orang inggeris demi mempertahankan tanah air drpd dijajah.

Watak dan perwatakan

Ratu bongsu (watak utama)

-Raja di puncak gunung tahan (raja orang bunyian)

-anak kepada perempuan tua yg tinggal di perkampungan orang sakai.

-dilahirkan di dalam hutan ketika bondanya lari drpd orang inggeris.

-cinta akan tanah air

contoh :baginda tidak sanggup menerima tawaran RM5000 sebulan dan sebuah istana yg cntk demi menjaga puncak gunung tahan tidak jatuh ke tangan Inggeris.

-baik hati

contoh: baginda sanggup menolong t. William dgn memberikan khidmat teropong halus, beringin bercakap, burung pesuruhjaya untuk T. William mengetahui tentang isterinya di London.

-Taat dan patuh kpd nasihat

contoh: ratu bongsu sentiasa patuh dan taat terhadap nasihat perempuan

tua dan sentiasa berhati2 dgn sikap T. William.

-seorang yg bijak

contoh: baginda memerangkap T. William dgn menyuruh tuan William masuk ke dlm istananya ketika kapal terbang inggeris menyerang puncak gunung tahan dan menyebabkan T. William terperangkap ketika istana di bom dan tuan William mati.

-seorang raja yg baik dan pandai memerintah.

Contoh: baginda pandai memerintah dan menyebabkan orang2 bunyian patuh akan segala arahan dan titah perintah baginda

Perempuan tua

-keturunan raja di negeri pahang

-ibu kepada ratu bongsu

-melarikan diri bersama2 rakyat ke hutan dalam keadaan mengandung apabila rakyat pahang ditewaskan oleh org inggeris.

-Bersalin di dlm hutan dgn bantuan org sakai

-tinggal bersama2 org sakai di dlm hutan atau di kampung harimau putih

-mengajar islam kpd org2 sakai

-mengenakan cenuai kpd tuan robert krn tuan robert bersikap angkuh

-berpendirian teguh

contoh: dia tidak mudah terpengaruh dgn pujukan tuan robert untuk membeli kulit harimau putih, tetapi dia tidak mahu menjualnya walaupun ditawar dgn harga yang mahal.

-tidak suka dihina dan mempertahankan maruah

contoh: apabila di hina oleh tuan robert tentang agama islam dia cuba mempertahankan dgn hujahnya dan mengenakan cenuai kpd tuan robert untuk membuktikan bahawa ilmu dunia tidak karut

-seorang yg penyayang

contoh: dia sentiasa menasihati anaknya ratu bongsu supaya berwaspada dgn tuan william supaya tidak terpengaruh dgn tipu muslihat tuan william

-seorang yg cerdik

contoh: dia dapat mematahkan hujah tuan robert ketika tuan robert cuba mempersendakan ilmu dunia dan agama islam dan cuba mengagungkan agama kristian.

-berpandangan jauh

contoh: dia selalu menasihati ratu bongsu supaya berwaspada dgn tindak tanduk tuan william krn perempuan tua tahu bahawa tuan william merupakan seorang yg tidak jujur.

Kusina

-orang bunyian yg tinggal di puncak gunung tahan

-berjumpa dgn tuan william dan membawa tuan william berjumpa dgn ratu bongsu

-seorang yg baik hati-contoh: memberikan makanan kpd tuan William dan menunjukkan jalan kpd tuan William sehingga sampai ka puncak gunung tahan.

-cinta akan tanah air-contoh: apabila kapal terbang inggeris menyerang puncak gunung tahan, kusina menutup pintu bilik khazanah di istana ratu bongsu dan menyebabkan Tuan William terperangkap di dalam bilik dan mati.

-dapat menghilangkan diri (ghaib)-contoh: kusina dapat menghilangkan diri dan memberitahu ratu bongsu tentang kedatangan tuan William ke puncak gunung tahan.

Tuan Robert

-sahabat tuan William

-bertanggungjawab mencari tempat peranginan kpd pihak kerajaan british dgn ganjaran wang sebanyak rm5000

-tersesat di dlm hutan ketika cuba mengambil gambar pemandangan di hutan dan ditawan oleh orang sakai.

-dilantik sebagai batin putih oleh perempuan tua

-bersikap angkuh dan sombong

contoh: dia tidak mempercayai ilmu dunia dan menganggap agama Islam tidak bagus dan cuba mengagungkan agama kristian

-tergila2 akan perempuan sakai

contoh: apabila tuan robert terkena cenuai, dia tergili2 akan gadis sakai dan sanggup lakukan apa saja asalkan dapat berkahwin dgn gadis itu spt mengililingi busut 7 kali, memanjat pokok dan akhirnya terjatuh dari pokok.

Tuan william

-rakan tuan robert

-bertanggungjawab mencari tempat peranginan kpd kerajaan British di tanah melayu dgn tawaran upah 5000 paun.

-orang yg berjumpa dgn ratu bongsu dipuncak gunung tahan

-mempunyai isteri yg berada di london iaitu mem william

-melihat dan mendengar isterinya bermesra dgn lelaki lainketika dia berada da tanah melayu melaliu teropong halus dan telefon

-orang yg bertanggungjawab menulis surat kpd kerajaan british supaya menyerang gunung tahan

-mati terkena bom inggeris yg menyerang puncak gunung tahan krn tersedut gas beracun.

-berhati jahat contohnya surat yg di tulis bukan kpd isterinya, sebaliknya menyuruh kerajaan british menyerang gunung tahan.

-bersifat penyayang contohnya dia sanggup mencari kawannya tuan Robert yg hilang dan sentiasa mengingati tuan Robert yg hilang

-seorang yg gigih contohnya dia sanggup meredah hutan dan mendaki gunung untuk mencari kawasan peranginan spt yg diarahkan oleh kerajaan british

-orang yg memberikan tawaran kpd ratu bongsu rm5000 sebulan dan sebuah istana jika ratu bongsu sanggup menyerahkan puncak gunung tahan kpd british.

-mementingkan kebendaan contohnya dia sanggup meninggalkan keluarga dan negaranya untuk mencari kawasan peranginan di tanah melayu dgn upah 50000.

latar tempat

1-negeri pahang: digambarkan melalui peristiwa tentera inggeris menyerang pahang dan ditentang oleh pahlawan pahang spt Tuk gajah, Mat kilau, Dato Bahaman. Akhirnya rakyat tempatan kalah dan melarikan diri ke hutan.

2-gua: digambarkan melalui peristiwa tuan Robert dan tuan William terpaksa berteduh drpd hujan lebat sementara meneruskan pendakian ke puncak gunung tahan

3-perkampungan orang sakai: peristiwa tuan Robert ditawan oleh orang sakai semasa sesat dan dibawa oleh orang sakai ke perkampungan mereka iaitu kampung harimau putih.

4-pondok perempuan tua: peristiwa perempuan tua tinggal di pondok di perkampungan orang sakai dan mengajar agama Islam kpd orang sakai.

5-Puncak gunung tahan: peristiwa tuan William berjaya ke puncak gunung tahan yg terdapat pelbagai perkara yg aneh spt teropong halus, beringin bercakap dan sebagainya. Di sini juga tempat pihak inggeris meledakkan bom dan menyebabkan tuan William terbunuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan