ULASAN ARKITEK KOTA
TEMA
Keseimbangan dan keselarasan dititikberatkan dalam pembangunan bandar.
PERSOALAN
- Ciri-ciri seorang perancang bandar yang baik.
- Kepekaan perancang bandar terhadap keindahan alam semulajadi.
- Pengaruh perancang bandar dalam mewujudkan kesejahteraan hidup manusia, kesempurnaan, pelbagai penemuan, dan kemungkinan.
Rangkap 1 : Hanya seniman yang peka terhadap alam sekitar dan banyak pengalaman hidup yang berhak membina bandar.
MAKSUD RANGKAP
Rangkap 2
: Perancangan bandar yang matang itu ialah pencinta alam, rajin mencari
ilmu, pemerhati kehidupan, pengkaji masyarakat, bijak membuat
penilaian, dan memiliki bakat sebagai pemimpin.
Rangkap 3
: Perancang bandar harus mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan alam
semula jadi dan melindunginya daripada sebarang kerosakan
Rangkap 4
: Perancang bandar perlu berani mencipta pelbagai perubahan, bersedia
menerima pandangan orang yang lebih berpengalaman, dan mengambil kira
perasaan pihak lain.
Rangkap 5
: Perancang bandar bertanggungjawab mewujudkan petempatan dan
persekitaran kehidupan manusia melalui daya kreativitinya. Beliau juga
membenarkan segala pembaharuan dan bersedia menghadapi kemungkinan yang
bakal terjadi.
Rangkap 6 : Penyajak menyatakan bahawa beliau hanyalah pemerhati yang menilai pembinaan bandar dari jauh.
- Perlambangan
- pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai
- Metafora.
- bangku bijaksana ; ruang hidup.
- Unsur alam.
- laut ; tasik ; bumi ; burung ; bulan.
- Personifikasi
- jiwa laut, perasaan musim; fiil langit; sabar bumi.
- Asonansi
- yang faham akan jiwa laut (pengulangan bunyi vokal a)
- Aliterasi
- kerana arkitek matang itu anak di taman. (pengulangan bunyi konsonan t)
NADA
Sajak ini bernada melankolik
NILAI
- Cinta akan alam semula jadi. Contohnya, arkitek kota melaksanakan pembangunan tanpa mengorbankan alam semula jadi.
- Berhemah dan behati-hati. Contohnya, arkitek kota merancang pembangunan bandar secara berhemah dan berhati-hati.
- Bijaksana. Contohnya, arkitek kota bijak merancang pembangunan bandar untuk keselesaan penghuninya.
PENGAJARAN
- Janganlah mengorbankan alam semula jadi dalam melaksanakan pembangunan bandar.
- Perancang bandar perlu peka akan persekitaran dengan melakukan pemerhatian yang rapi supaya kota atau bandar yang dibangunkan lebih sempurna.
- Kita hendaklah melaksanakan pembangunan bandar dengan teliti kerana pembangunan bandar tersebut memberikan kesan yang mendalam kepada penghuninya.
- Bandar atau kota yang dibangunkan hendaklah sesuai untuk semua peringkat umur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan