PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
Sinopsis
Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar
sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku
Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal)
telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil
Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang
Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan
Setelah tiga hari
kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar
lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu
menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu
mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda
Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu
dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan
dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian,
anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah
pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang
Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan
membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu
dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang
manis.
Tuanku
Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa
yang menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada
bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan
dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama,
kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah
melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si
Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung
Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air
limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung
Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang
Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua
lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk
melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari
situ.
Sekali
lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan
bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu.
Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang
Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu
menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua
mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung
itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat
telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan
rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah
dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang
Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung
Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan
ayam Bujang Selamat.
TEMA
Tema
prosa ‘Pelayaran yang penuh peristiwa’ adalah tentang kebijaksanaan dan
keberanian dalam menghadapai sesuatu peristiwa.
PERSOALAN
·
Bantu
membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
·
Kebijaksanaan dalam menghadapi ujian.
·
Keberanian dalam menghadapi musuh.
·
Berani bercakap benar tentang sesuatu perkara
yang berlaku.
·
Menepati janji tentang sesuatu perkara.
WATAK DAN PERWATAKAN
Awang
Sulung Merah Muda
·
Anak
raja yang tampan dan memiliki gigi yang cantik dan bercahaya
·
Anak
Tuanku Si Helang Laut, cucu Tuanku Si Helang Mawai
·
Memiliki
kepandaian luar biasa seperti berjaya menukar ombak ganas kepada tenang,air
masin menjadi sarbat yang manis, alat kebesaran berbunyi sendiri dan isi alam
menyambut kedatangannya ketika berkunjung ke
Negeri Pati Talak Terenggganu.
·
Menyamar
menjadi budak yang hitam dan hodoh
·
Berasal
dari Negeri Bandar Mengkalih, sangat dihormati dan di takuti oleh lanun-lanun
·
Memiliki
seekor ayam sabung yang hebat iaitu Kinantan Suci
Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa
·
Menjadi
juragan geliung/kapal besar
·
Cantik,
tangkas dan sangat dicintai oleh jurumudi
·
Mengagumi
kehebatan yang dimiliki oleh Awang Sulung
·
Sentiasa
dijaga oleh Awang Sulung sepanjang pelayaran
·
Menjadi
isteri Awang Sulung Merah Muda
·
Sangat
dikasihi ayahandanya iaitu Tuanku Nakhoda Tua
·
Pandai
mengemudi kapal
Si
Kembang Cina
·
Pembantu
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang setia
·
Sentiasa
berada di samping Tuan Puteri
·
Memahami
perasaan cinta Tuan Puteri terhadap Awang Sulung
·
Menurut
perintah, pandai memujuk
Jurumudi
·
Seorang
yang suka menipu terutama kepada Tuanku Nakhoda Tua
·
Menyintai
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan ingin mengahwininya
·
Berpura-
pura gagah tetapi sebenarnya penakut
Bujang
Selamat
·
Pesuruh
baginda raja Negeri Pati Talak Terengganu
·
Penyampai
utusan baginda raja dengan Awang Sulung
·
Menurut
perintah
Tuan
Puteri Pinang Masak
·
Anak
baginda raja Negeri Pati Talak Terengganu
·
Menasihati
ayahandanya agar menjemput tetamu datang
·
Baik
hati dan menghormati tetamu
PLOT
Permulaan
·
Kisah
bermula dengan pelayaran Awang Sulung Merah Muda bersama Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa menggunakan geliung panjang untuk ke Tanah Jawa.
Perkembangan
·
Geliung
mengalami masalah untuk dikendalikan oleh Tuan Puteri – bergerak laju dan tidak
dapat dikawal.
·
Semua
anak kapal mengalami mabuk dan muntah kecuali Awang Sulung, Tuan Puteri dan Si
Kembang Cina
·
Tuan
Puteri keletihan dan meminta Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi
·
Awang
Sulung mengambil alih tugas mengemudi geliung.
Perumitan/
Konflik
·
Geliung
tersebut terpaksa berlabuh di Pulau Tapai kerana kehabisan kayu dan air
·
Namun
geliung itu gagal berlabuh kerana gelombang yang kuat
·
Awang
Sulung menggunakan kepandaiannya untuk menjadikan keadaan air laut tenang.
·
Jurumudi
geliung cemburu dengan kebolehan Awang Sulung dan telah berbohong kepada Tuanku
Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung daripada serangan
Tuan Puteri Dayang Nuramah
·
Baginda
berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang Berjaya menyelamatkan geliung
hingga sampai ke Tanah Jawa
Klimaks
·
Tuan
puteri telah menguji kecekapan dan kepandaian Awang Sulung
·
Awang
Sulung Berjaya mengatasi semua ujian tersebut
·
Geliung
terpaksa meredah kawasan laut yang dipenuhi lanun. Semua anak kapal takut
berhadapan lanun termasuklah jurumudi
·
Dengan
kebijaksanaan Awang Sulungsemua lanun dapat diperdayakan. Mereka memintaampun
dan menyerahkan barangan berharga kepada Awang Sulung.
Peleraian
·
Awang
Sulung Berjaya membayar hutangnya kepada Tuanku Nakhoda Tua menggunakan barangan
pemberian lanun- lanun
·
Tuan
Puteri memaklumkan kepada ayahandanya bahawa Awang Sulunglah yang telah
menyelamatkan geliung itu selama ini.
·
Sebagai
balasan , Tuanku Nakhoda Tuan mengahwinkan Awang Sulung dengan Tuan Puteri
·
Akhirnya
Awang Sulung dan Tuan Puteri sampai ke
Negeri Pati TAlak Terengganu selepas
belayar merentasi beberapa buah pulau.
TEKNIK PLOT
Tenik
Pemerian
·
Pemerihalan
sewaktu Awang Sulung mandi.
Teknik
Suspen
·
Ketika
Tuan Puteri hendak dinikahkan dengan jurumudi.
Teknik
Dialog
·
Dialog
antara Tuanku Nakhoda Tua dan Tuan Puteri. “Silalah anakanda ke balairung
seri”. “Baiklah ayahanda”
LATAR
Masa
·
Beberapa
hari
Tempat
·
Di
kawasan laut menuju ke Tanah Jawa
·
Di
dalam geliung
·
Di
Pulau Tapai
Masyarakat
·
Masyarakat
bangsawan yang terdiri daripada raja dan tuan puteri
·
Masyarakat
bawahan seperti anak- anak kapal
·
Masyarakat
lanun
·
Masyarakat
yang taat akan perintah
GAYA BAHASA
Bahasa
Istana
·
Beta,
santap, kakanda, ayahanda
Bahasa
Klasik
·
Geliung
Peribahasa
·
Enau
mencari sigai, berkecil hati
Silime
·
Bagai
air di kuali, bagai purnam empat belas haribulan
Puisi
·
Bintang
tujuh tinggal enam
Jatuh satu ke Gunung Daik
Bercahayalah sepuh hilang senam
Itulah tanda
emas yang baik
NILAI
·
Merendah
Diri
-
Awang
Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot
·
Keyakinan
-
Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa sanggup ambil alih tugas mengemudi kapal sewaktu
jurumudi pengsan
·
Berani
-
Awang
Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung Tuan Puteri
·
Kasih
Sayang
-
Awang
Sulung dengan Tuan Puteri saling
menyanyangi selepas berkahwin
PENGAJARAN
·
Kita
hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana saja kita berada supaya kita akan
di hormati
·
Kita
hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat
·
Kita
hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan suatu masalah yang timbul
·
Kita
hendaklah bersedia memberi bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan
·
Kita
hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan
kekesalan pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan