Sabtu, 15 Disember 2012
Soalan Novel Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2012
Tahun 2012 calon-calon SPM diuji tentang:
(a) latar masa
(b) nilai kemanusiaan
Kelihatan kehendak soalan yang dikemukakan agak mudah namun ada beberapa keperluan jawapan yang mesti dipatuhi oleh calon.
Untuk soalan (a) latar masa:
- pernyataan masa mesti tepat.
Contohnya latar masa mesti disebut: latar masa pagi, latar masa petang, latar masa malam. Sekiranya memilih latar masa sesuatu peristiwa, calon-calon dikehendaki menyatakan tahun terjadinya sesuatu peristiwa.
Latar Masa Novel Kabus di Perbukitan
1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.
2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.
3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.
Faridah terlibat dalam kemalangan.
4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon
kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
Latar
5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala
Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
6. 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai.
7. Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu,
iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.
8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah,
Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.
- Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap
barah paru-paru.
9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal
selama dua minggu menemui kegagalan.
10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan
menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah
melamar Melina.
12. Satu pagi - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.
13. Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan
Anne.
14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.
Untuk soalan (b) nilai kemanusiaan:
- cara menyatakan nilai mesti tepat dan berbeza dengan menyatakan persoalan.
Contohnya nilai kemanusiaan kasih sayang. Elakkan daripada menyambung pernyataan nilai dengan meletakkan penjelasan nilai tersebut. SALAH sekiranya calon-calon menulis nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibunya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bagusnyaa..buat latihan bleh tiruu...hihi
BalasPadam