SELOKA EMAK SI
RANDANG
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Dewan Bahasa dan Pustaka
MAKSUD
Seloka
ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang
tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan
tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun
demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang
itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan
beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.
TEMA
Sikap
masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga
sendiri.
PERSOALAN
1.
Persoalan
rasional ketika melakukan sebarang tindakan
2.
Persoalan
pembaziran yang perlu dielakkan .
3.
Persoalan
tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
BENTUK
1. Terdiri daripada satu
rangkap.
2. Bilangan baris dalam
rangkap tersebut ialah 8 baris.
3. Jumlah perkataan
dalam setiap baris antara 3
hingga 4.
·
Dagang
lalu ditanakkan (3 perkataan)
·
Tiada
kayu rumah diruntuhkan (4 perkataan)
4. Terdiri daripada 8
hingga 10 suku kata.
·
Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata)
·
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata)
5.
Rima akhir seloka
ini ialah abbbbcac
6. Seloka ini berbentuk bebas.
GAYA
BAHASA
1.
Asonansi - Anak pulang kelaparan
- a diulang 6 kali
2.
Aliterasi - Anak
dipangku diletakkan - k diulang 4 kali
3.
Sinkope -
Beras habis padi tak jadi ( baris 8)
4.
Anafora-
Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
5.
Penggunaan peribahasa -
Kera di hutan disusui
6.
Hiperbola -
Tiada kayu rumah diruntuhkan
NILAI
1.
Nilai kebijaksanaan.
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal
fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.
2.
Nilai bertanggungjawab.
Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap
kebajikan anak-anak.
3.
Nilai berbudi
Kita disarankan berbudi kepada semua orang
tetapi mestilah berpada-pada.
PENGAJARAN
1.
Kita
janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga
sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
2.
Kita
mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar
tidak mendapatkan kesan yang buruk.
3.
Kita
hendaklah melayan tetamu dengan
berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan